ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 8. Melakukan dengan tidak sengaja perbuatan yang sah di sisi undang-undang.

Tidaklah menjadi kesalahan apa-apa jua yang dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan malang, dan dengan tiada apa-apa niat atau pengetahuan jenayah, pada menjalankan suatu perbuatan yang sah di sisi undang-undang, mengikut dan dengan hemat dan cermat yang sepatutnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.