ENAKMEN 5 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - BIDANGKUASA MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 7. Penubuhan Mahkamah-mahkamah dan bidangkuasa.

(1) Raja Pemerintah boleh melalui pemberitahu dalam Warta menubuhkan-
di mana-mana tempat yang difikirkan patut dan bolehlah menentukan kawasan bidang kuasa Mahkamah-mahkamah yang demikian.

(2) Bidang kuasa Jawatankuasa Ulang Bicara hendaklah meliputi seluruh Negeri.

(3) Bidang kuasa Mahkamah Kadi Besar hendaklah meliputi seluruh Negeri dan hendaklah diketuai oleh seorang Kadi Besar.

(4) Bidang kuasa Mahkamah Kadi hendaklah meliputi seluruh Negeri atau tempat-tempat atau kawasan sepertimana yang ditentukan di bawah sub-seksyen (1) dan hendaklah diketuai oleh seorang Kadi.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.