ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERNIKAHAN



Seksyen 43. Rujuk.

(1) (a) Jika selepas perceraian yang boleh dirujuk suami melafazkan rujuk, pihak itu hendaklah melaporkan hal rujuk itu dan butir-butir yang berkaitan dalam borang yang ditetapkan kepada Pendaftar bagi daerah di mana mereka tinggal dalam tempoh tujuh hari. Pendaftar hendaklah membuat apa-apa penyiasatan yang perlu dan jika berpuashati bahawa rujuk telah berlaku hendaklah mendaftarkan rujuk itu dengan membuat catitan dalam Daftar Daerah berhubung dengan rujuk itu jika perceraian itu telah didaftarkan olehnya, dan hendaklah meminta pihak itu menyerahkan kepadanya sijil yang berkaitan dan hendaklah mencatitkan dalam sijil tersebut berkenaan dengan rujuk itu. Pendaftar hendaklah menyerahkan satu salinan sah catitan itu dalam sijil tersebut kepada Ketua Pendaftar yang hendaklah pula mendaftarkan rujuk itu dengan membuat catitan dalam Daftar Pusat.
(2) Jika perceraian itu tidak didaftarkan oleh Pendaftar, ia hendaklah merekodkan dalam sijil butir-butir rujuk itu dan hendaklah menghantarkan salinan rekod itu kepada Pendaftar yang mendaftarkan perceraian itu, dan Pendaftar hendaklah mendaftarkan rujuk itu dalam Daftar Daerah. Pendaftar yang mendaftarkan perceraian itu hendaklah kemudiannya menyerahkan salinan catitan berkenaan rujuk kepada Ketua Pendaftar yang hendaklah mendaftarkan rujuk itu dengan membuat catitan dalam Daftar Pusat.

(3) Dalam seksyen ini "talak rajii" ertinya perceraian dengan satu atau dua talak dan yang bukan talak ba'in.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.