ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 4 - DARIHAL PERBICARAAN



Seksyen 100. Butir-butir hendaklah direkodkan

(1) Dalam prosiding di bawah Bab ini, Mahkamah hendaklah menyimpan suatu rekod tentang butir-butir setiap kes dengan menggunakan dan menyiapkan atau menyebabkan disiapkan suatu kertas pertuduhan mengikut borang-borang yang ditetapkan dan, jika segala butir yang perlu tidak dapat dengan mudah dicatatkan dalam mana-mana borang itu, dengan melampirkan padanya apa-apa bilangan kertas sambungan yang perlu.

(2) Butir-butir yang hendaklah dimasukkan dalam rekod itu hendaklah termasuk-
(3) Rekod itu hendaklah disahkan dengan tandantangan Hakim, dan hendaklah difailkan mengikut apa-apa cara yang diarahkan oleh Ketua Hakim Syarie.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.