ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999

BAHAGIAN II - PELAKSANAAN WASIAT



Seksyen 5. Wasiat bersyarat.

(1) Sesuatu wasiat bolehlah dibuat secara mutlak atau tertakluk kepada sesuatu syarat.

(2) Sesuatu wasiat yang tertakluk kepada sesuatu syarat, sama ada yang mengawal cara bagaimana harta atau manfaat sesuatu wasiat itu akan dinikmati atau kelakuan dan aktiviti benefisiari secara umum, adalah sah jika syarat itu sendiri adalah sah menurut Hukum Syarak.

(3) Sesuatu syarat kepada sesuatu wasiat adalah sah dan boleh dikuat kuasakan sekiranya syarat tersebut ialah sesuatu syarat yang memberi faedah yang sah kepada pewasiat atau benefisiari atau orang lain, dan ia tidak dilarang atau bertentangan dengan tujuan syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.