ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 27. Melaporkan perkahwinan yang tidak sah atau menyalahi undang-undang.


Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang untuk melaporkan kepada Pendaftar tentang hal keadaan sesuatu kes dalam mana dia berpendapat bahawa sesuatu Perkahwinan adalah tidak sah atau bahawa sesuatu Perkahwinan yang kena didaftarkan telah diakadnikahkan bersalahan dengan Enakmen ini.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.