ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB V - PROSES MAHKAMAH UNTUK MEMAKSA MENGEMUKAKAN DOKUMEN DAN LAIN-LAIN HARTA ALIH DAN UNTUK MELEPASKAN OANG TERSALAH TAHAN
WARAN GELEDAH



Seksyen 47. Menggeledah orang yang tersalah tahan.

Jika mana-mana Kadi mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa seseorang itu ditahan dalam keadaan yang mana penahanan itu mengakibatkan suatu kesalahan dia bolehlah mengeluarkan suatu waran geledah, dan orang yang kepadanya waran itu diarahkan bolehlah menggeledah untuk mendapatkan orang yang ditahan itu; penggeledahan itu hendaklah dibuat sebagaimana yang ditetapkan dan orang itu, jika dijumpai, hendaklah dengan segera dibawa ke hadapan Kadi yang akan membuat perintah yang sesuai bagi kes itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.