ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 4 - PERUNTUKAN-PERUNTUKAN KHAS SAMAN MADIN PENGHAKIMAN



Seksyen 181. Pendengaran notis penghakiman.

(1) Mahkamah, setelah mendengar madin penghakiman yang hadir mengikut notis penghakiman di bawah seksyen 179 atau di bawah suatu perintah untuk menangkap, boleh membuat suatu perintah pengkomitan bagi suatu tempoh tidak melebihi 30 hari atau mengubah perintah dalam seksyen 178 sebagaimana yang ia fikirkan adil.

(2) Apabila suatu perintah pengkomitan dibuat, Mahkamah boleh memerintahkan supaya pelaksanaan perintah itu digantung dengan atau tanpa syarat untuk membolehkan madin penghakiman membayar amaun yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.