ENAKMEN 1 TAHUN 1980
ENAKMEN KAWALAN DAN SEKATAN PENGEMBANGAN AGAMA BUKAN ISLAM 1980


Seksyen 7. Kesalahan menghantar atau menyerahkan terbitan-terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam kepada orang Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia, dari dalam negeri, menghantar atau menyerahkan atau menyebabkan dihantar atau diserahkan kepada seorang lain yang beragama Islam di dalam atau di luar negeri, atau, dari luar negeri, menghantar atau menyebabkan dihantar atau diserahkan kepada seorang lain yang beragama Islam di dalam negeri, apa-apa terbitan mengenai apa-apa agama bukan Islam, atau apa-apa bahan iklan bagi mana-mana terbitan itu, yang tidak diminta oleh orang lain itu sendiri.

(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh dikenakan denda sebanyak tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tiga bulan atau kedua-duanya.

(3) Bagi maksud seksyen kecil (1), sesuatu terbitan yang dihantar atau diserahkan kepada atau di alamat seseorang hendaklah dianggap sebagai di hantar atau diserahkan kepada orang itu.

(4) Adalah menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang yang dituduh itu mempunyai sebab untuk mempercayai, dan sebenarnya mempercayai, bahawa orang yang kepadanya terbitan yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan bukan orang Islam.

(5) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang yang kepadanya terbitan yang berkenaan itu dihantar atau diserahkan telah membuat permintaan bagi mendapatkannya jika permintaan itu telah didorong oleh orang yang dituduh itu atau oleh mana-mana orang yang bertindak bagi pihak orang yang dituduh itu.

(6) Seksyen kecil(1) tidak dipakai-




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.