ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VIII - Pemeriksaan Saksi



Seksyen 112. Menyemak ingatan.

(1) Seseorang saksi boleh semasa dalam pemeriksaan menyemak ingatannya dengan merujuk kepada apa-apa tulisan yang telah dibuat olehnya sendiri pada masa kejadian yang berkenaan dengannya dia disoal itu atau pada masa yang tidak sebegitu lama kemudiannya yang difikirkan oleh Mahkamah mungkin yang kejadian itu masih nyata pada masa itu dalam ingatannya.

(2) Saksi itu boleh juga merujuk kepada mana-mana tulisan yang seumpama itu yang telah dibuat oleh mana-mana orang lain dan yang telah dibaca oleh saksi itu dalam masa yang tersebut itu, jika, apabila dibacanya, dia ketahui tulisan itu sebagai betul.

(3) Apabila saksi itu boleh menyemak ingatannya dengan merujuk kepada sesuatu dokumen, maka dia bolehlah, dengan kebenaran Mahkamah, merujuk kepada sesuatu salinan dokumen itu:

Dengan syarat bahawa Mahkamah berpuas hati bahawa ada sebab-sebab yang cukup mengapa naskhah asalnya tidak dikemukakan.

(4) Seseorang pakar boleh menyemak ingatan dengan merujuk kepada buku-buku ilmiahnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.