ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 10 - PERUNTUKAN AM



Seksyen 130. Rujukan muktamad.

(1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan dalam Enakmen ini yang tak konsisten dengan Hukum Syara' adalah tidak sah setakat yang ia tak konsisten.

(2) Jika terdapat apa-apa perkara yang tidak diperuntukkan atau tidak dinyatakan dengan jelas dalam Enakmen ini, Mahkamah hendaklah merujuk kepada Hukum Syara'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.