ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 23. Melepaskan orang yang telah ditangkap.

Mana-mana orang yang telah ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Syariah atau pegawai polis tidaklah boleh dilepaskan di bawah Enakmen ini kecuali dengan bon di atau jaminan atau dengan perintah secara bertulis oleh Kadi atau oleh seorang pegawai polis yang tidak kurang pangkatnya daripada Inspektor:

Dengan syarat jika ia tidak dapat melakukan demikian maka hendaklah ia ditahan di atas satu waran yang dikeluarkan oleh seorang Kadi seperti Borang B dalam Jadual Pertama.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.