ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PIHAK-PIHAK



Seksyen 20. Penurunan kepentingan.

Dalam hal mana-mana serahhak, pewujudan, penukaran, perpindahan atau penurunan kepentingan, estet , hakmilik atau tanggungan mana-mana pihak di antara permulaan mana-mana prosiding dan penghakimannya, orang yang kepadanya kepentingan, estet, hakmilik, atau tanggungan itu telah diberi atau diturun boleh memohon supaya ditambah atau diganti sebagai satu pihak, dan plaintif boleh dengan cara yang sama memohon untuk penambahan atau penggantian tersebut, jika pihak berkenaan adalah defendan. Notis mana-mana permohonan tersebut hendaklah disampaikan kepada semua pihak.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.