ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 237. Memberikan jaminan

(1) Jaminan hendaklah diberikan dengan mendepositkan wang atau melalui bon yang amaunnya hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah atau Pendaftar.

(2) Perbelanjaan mengenai jaminan, jika ada, hendaklah ditanggung oleh orang yang memberikan jaminan itu.

(3) Suatu aku janji bertulis oleh seseorang Peguam Syarie boleh diterima sebagai ganti jaminan yang disebut dalam subseksyen (1).

(4) Jika jaminan diberikan dengan mendepositkan wang, wang itu tidak boleh dibayar keluar tanpa perintah Mahkamah.

(5) Jika jaminan diberikan melalui bon, seseorang penjamin adalah diperlukan melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.