ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN V - PELBAGAI KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN KEADILAN DAN KETENTERAMAN AWAM



Seksyen 32. Melarikan perempuan.

Sesiapa yang melarikan seseorang perempuan atau dengan apa-apa cara mempengaruhinya supaya lari daripada jagaan ibu bapanya atau penjaganya adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang sesuai mengenai perempuan tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.