ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XIX - PERLAKSANAAN



Seksyen 157. Pembayaran keluar.

Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis apa-apa jumlah wang yang dibayar kepada Mahkamah oleh bailif untuk kredit mana-mana orang hendaklah atas permohonannya, dibayar keluar kepadanya tanpa apa-apa perintah.

Dengan syarat bahawa Pendaftar hendaklah menggunakan budibicaranya dalam mana-mana kes dan hendaklah, jika ia mendapat tahu bahawa ada orang lain yang menuntut jumlah wang berkenaan atau sebahagian darinya, mengarah pemohon itu mendapat perintah Mahkamah sebelum membuat pembayaran keluar.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.