ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI MELAKA) 2005

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

amwalul-badal” ertinya kumpulan wang atau amanah wakaf yang diperolehi daripada jualan, pajakan, sewaan mawquf atau daripada mana-mana sumber lain yang dibenarkan oleh Hukum Syarak;

“Baitulmal” ertinya kumpulan wang ditubuhkan di bawah seksyen 69 Enakmen Pentadbiran;

“Enakmen” ertinya Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005;

“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 [Enakmen No. 7 Tahun 2002];

“harta” termasuklah harta alih atau harta tak alih dan apa-apa faedah dalam apa-apa harta alih atau harta tak alih, apa-apa hak, kepentingan, hak milik, tuntutan, hak dalam tindakan, sama ada pada masa sekarang atau pada masa hadapan atau selainnya yang mempunyai nilai menurut Hukum Syarak;

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie atau mengikut mana-mana satu Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali;

istibdal” ertinya menggantikan suatu harta wakaf dengan harta lain yang sama atau lebih tinggi nilainya sama ada melalui gantian, tukaran, belian, jualan atau apa-apa cara lain menurut Hukum Syarak;

“Jawatankuasa Fatwa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen 34(1) Enakmen Pentadbiran;

“Jawatankuasa Pengurusan Wakaf” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 26 Enakmen Pentadbiran;

“Kumpulan Wang Wakaf” ertinya kumpulan wang yang terdiri daripada semua wang dan harta yang diwakafkan atau apa-apa hasil yang diperolehi daripada mawquf atau melalui istibdal;

“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi Syariah yang ditubuhkan di bawah subseksyen 43(2) Enakmen Pentadbiran;

“Majlis” ertinya Majlis Agama Islam Melaka yang ditubuhkan di bawah subseksyen 4(1) Enakmen Pentadbiran;

marad-al-maut” ertinya penyakit membawa maut yang memenuhi syarat-syarat yang berikut—
“mawquf” ertinya harta wakaf;

mawquf-alaih” ertinya orang yang berhak menerima apa-apa manfaat atau faedah daripada mawquf itu;

“orang” termasuklah kumpulan orang sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Wakaf yang dilantik di bawah perenggan 22(1)(a) Enakmen;

rasyid” ertinya seseorang yang tidak dungu, tidak nyanyuk, dan tidak diisytiharkan bankrap di bawah mana-mana undang-undang bertulis;

“saham wakaf” ertinya pewujudan suatu wakaf melalui saham-saham yang ditawarkan dan kemudiannya diwakafkan oleh pembeli kepada Majlis;

sighah” ertinya pernyataan wakaf yang dibuat sama ada secara lisan atau tulisan bersama lafaz atau isyarat;

“sumber am” termasuklah—
“wakaf” ertinya menyerahkan apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa tujuan kebajikan sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut Hukum Syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208];

“wakaf am” ertinya sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan umum menurut Hukum Syarak;

“wakaf khas” ertinya sesuatu wakaf yang diwujudkan bagi tujuan kebajikan yang khusus menurut Hukum Syarak;

“wakaf saham” ertinya saham-saham syarikat atau perniagaan atau saham-saham yang telah sedia ada yang diwakafkan;

“waqif” ertinya orang yang mewujudkan wakaf.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan di dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya masing-masing setakat yang erti itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.