ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa.

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002.

(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam
Warta.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh menetapkan tarikhtarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan yang berlainan Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.