ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH 2004

BAHAGIAN VI - MEMELUK AGAMA ISLAM



Seksyen 75. Pengiktirafan muallaf sebagai orang Islam

(1) Seseorang yang telah memeluk agama Islam dan pemelukan agama Islam itu telah didaftarkan dalam Daftar Muallaf hendaklah, bagi maksud mana-mana undang-undang Persekutuan atau Negeri, dan selama-Iamanya, diperlakukan sebagai orang Islam.

(2) Seseorang yang pemelukan agama Islam olehnya telah didaftarkan di bawah undang-undang mana-mana Negeri hendaklah, bagi semua maksud di Negeri Sabah dan bagi maksud penguatkuasaan peruntukan mana-mana undang-undang di Negeri Sabah, diperlakukan sebagai orang Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.