ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI MELAKA) 2005

BAHAGIAN VII - JAWATANKUASA PENGURUSAN WAKAF



Seksyen 23. Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf.

(1) Pengerusi hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf dan jika Pengerusi tidak hadir, ahli-ahli yang hadir boleh memilih seorang dari kalangan mereka untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

(2) Ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Wakaf hendaklah berusaha untuk mencapai segala keputusan mesyuarat secara konsensus dan jika gagal, keputusan oleh majoriti dua pertiga ahli yang hadir adalah dikehendaki.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.