ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI MELAKA) 2005
BAHAGIAN II - PEWUJUDAN WAKAF
Seksyen 9. Wakaf irsod, muabbad, musyak atau musytarak.
(1) Seorang
waqif
boleh mewujudkan wakaf
irsod
,
muabbad
,
musyak
atau
musytarak
terhadap keseluruhan, atau sebahagian daripada harta.
(2) Bagi maksud seksyen ini—
(
a
) “
wakaf irsod
” ertinya wakaf daripada tanah Baitulmal, tanah kerajaan atau tanah mana-mana perbadanan, institusi, pertubuhan atau badan-badan lain menurut Hukum Syarak;
(
b
) “wakaf
muabbad
” ertinya wakaf yang berkekalan;
(
c
) “wakaf
musyak
” ertinya mewakafkan apa-apa hak ke atas mana-mana harta yang dimiliki bersama yang tidak boleh dipecah bahagikan; dan
(
d
) “wakaf
musytarak
” ertinya penyatuan beberapa wakaf termasuklah wakaf yang diwujudkan melalui
istibdal
dan saham wakaf.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.