ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH



Seksyen 20. Ingkar perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh, sebagai Ketua Agama Islam Negeri, mengeluarkan apa-apa perintah, dari semasa ke semasa, berkaitan dengan apa-apa perkara khusus yang tidak bertentangan dengan Hukum Syara':

Dengan syarat bahawa perintah itu hendaklah berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.

(2) Sesiapa yang tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.