ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004
BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN
Seksyen 159. Jenis pelaksanaan
(1) Suatu perintah bagi pelaksanaan boleh mengarahkan bailif supaya mengambil mana-mana satu atau lebih daripada satu tindakan yang berikut:
(a)
mendapatkan apa-apa jumlah wang yang kena dibayar dengan menyita dan menjual harta alih penghutang penghakiman itu;
(b)
menahan harta alih penghutang penghakiman itu yang berada dalam milikan atau kawalan pihak ketiga (kemudian daripada ini disebut "
muhal a'laih"
) atau hutang yang kena dibayar oleh
muhal a'laih
kepada penghutang penghakiman itu;
(c)
menyita dan menghantarserahkan kepada pemiutang penghakiman itu apa-apa barang yang diperintahkan supaya dihantarserahkan oleh penghutang penghakiman itu; atau
(d)
menahan pendapatan penghutang penghakiman itu.
(2) Tiap-tiap perintah bagi pelaksanaan
----
(a)
hendaklah menyatakan mengikut cara yang mana sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) pelaksanaan itu hendak dijalankan; dan
(b)
hendaklah memperihalkan dengan khusus harta yang dimaksudkan oleh perintah itu.
(3) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pemiutang penghakiman, mengeluarkan suatu perintah pelaksanaan selanjutnya berkenaan dengan harta yang berlainan atau cara pelaksanaan yang berlainan daripada yang telah dinyatakan dalam perintah pelaksanaan yang sedang berkuat kuasa.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.