ENAKMEN 5 TAHUN 2005
ENAKMEN WAKAF (NEGERI SEMBILAN) 2005

BAHAGIAN VII - PENGURUSAN WAKAF



Seksyen 32. Pembangunan semula mawquf.

(1) Apa-apa mawquf yang telah musnah sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya boleh dibangunkan semula oleh Majlis dengan menggunakan Kumpulan Wang Wakaf atau sumber pembiayaan lain.

(2) Apa-apa mawquf yang telah dibangunkan semula hendaklah kekal sebagai mawquf.

(3) Walau apa pun subseksyen (1), tidaklah menjadi kewajipan Majlis untuk membangunkan semula mawquf yang musnah akibat force majeure.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.