ENAKMEN 13 TAHUN 1993
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1993

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
PERNYATAAN OLEH ORANG-ORANG YANG TIDAK DAPAT DIPANGGIL SEBAGAI SAKSI



Seksyen 20. Hal-hal dalam mana pernyataan yang relevan oleh orang yang telah meninggal dunia atau yang tidak dijumpai, adalah qarinah.

(1) Pernyataan, bertulis atau lisan, mengenai fakta relevan yang dibuat oleh seorang yang telah meninggal dunia atau yang tidak dapat dijumpai, atau yang telah menjadi tidak berupaya memberi keterangan, atau yang kehadirannya tidak boleh diperolehi tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang dalam hal keadaan yang mana pada pendapat Mahkamah tidak munasabah adalah sendirinya qarinah dalam hal-hal berikut -

(a)
apabila pernyataan itu dibuat oleh seseorang tentang sebab kematiannya, atau tentang apa-apa hak keadaan transaksi yang telah menyebabkan kematiannya, dalam hal mana sebab kematian orang itu dipersoalkan.

Suatu pernyataan tersebut adalah relevan sama ada orang yang membuatnya adalah atau tidak pada waktu ia dibuat dalam jangkaan mati, dan apa jua pun jenis prosiding dalam mana sebab kematiannya menjadi persoalan;

(b)
apabila pernyataan itu telah dibuat oleh mana-mana orang itu dalam perjalanan biasa urusan, dan khususnya apabila ia mengandungi suatu catatan atau memorandum yang telah dibuat olehnya dalam buku yang diselenggara dalam perjalanan biasa urusan atau pada menjalankan kewajipan profesional; atau mengandungi akuterima yang ditulis atau ditandatangani olehnya mengenai penerimaan wang, barang, sekuriti atau harta apa-apa jenis; atau sesuatu dokumen yang digunakan di dalam perniagaan, yang ditulis atau ditandatangani olehnya, atau tarikh suatu surat atau dokumen lain yang biasanya ada tarikh, ditulis atau ditandatangani olehnya;

(c)
apabila pernyataan adalah bertentangan dengan kepentingan kewangan atau ketuanpunyaan orang yang membuatnya, atau apabila, jika benar, akan mendedahkan atau tentu akan mendedahkannya kepada suatu pendakwaan jenayah atau kepada suatu guaman untuk gantirugi;

(d)
apabila pernyataan itu memberi pendapat seorang yang tertentu tentang kewujudan apa-apa hak awam atau adat atau perkara yang mempunyai kepentingan awam atau umum, tentang kewujudan yang mana jika sekiranya wujud dia mungkin, akan sedar, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbul apa-apa kontrovesi hak, adat atau perkara itu;

(e)
apabila pernyataan itu berhubung dengan kewujudan apa-apa pertalian darah, perkahwinan, persusuan atau pengangkatan antara orang-orang yang tentangnya pertalian darah, perkahwinan, persusuan atau pengangkatan orang yang membuat pernyataan itu mempunyai pengetahuan yang istimewa, dan pernyataan itu dibuat sebelum persoalan dipertikaikan;

(f)
apabila pernyataan itu berhubung dengan kewujudan pertalian darah, perkahwinan, persusuan atau pengangkatan antara orang-orang mati, dan ia dibuat dalam apa-apa wasiat atau suratikatan berhubung dengan hal ehwal keluarga yang kepadanya orang yang telah mati itu bersaudara, atau dalam salasilah keluarga atau di atas mana-mana batu nisan, potret keluarga atau lain-lain benda di atas pernyataan itu biasanya dibuat, dan apabila kenyataan itu dibuat sebelum persoalan pertikaian dibangkitkan.

(g)
apabila pernyataan itu terkandung dalam apa-apa dokumen yang berhubung dengan apa-apa transaksi seperti yang tersebut dalam seksyen 13 (a);

(h)
apabila pernyataan itu telah dibuat oleh beberapa orang dan menyatakan perasaan atau sangkaan mereka yang relevan dengan perkara dalam persoalan.

MISALAN

(a)
Soalnya ialah tentang tarikh A. dilahirkan.

Sesuatu catatan dalam buku harian seorang doktor bedah yang telah meninggal dunia, yang biasanya diselenggara mengikut aturan perjalanan urusan. menyatakan bahawa pada suatu hari tertentu ia telah merawat ibu A. menyambut kelahiran anak lelakinya, adalah
qarinah.

(b)
Soalnya ialah sama ada A. berada di Johor Bahru pada suatu hari tertentu.

Suatu pernyataan dalam buku harian seorang peguam yang telah meninggal dunia, yang biasanya diselenggara mengikut aturan perjalanan urusan, menyatakan bahawa pada suatu hari tertentu peguam itu telah berurusan dengan A. di suatu tempat yang disebutkan di Johor Bahru bagi maksud berbincang dengannya mengenai urusan tertentu adalah
qarinah.

(c)
Soalnya ialah sama ada A. dan B. telah berkahwin secara sah di sisi undang-undang.

Pernyataan seorang Kadi yang telah meninggal dunia bahawa ia telah menikahkan mereka dalam hal keadaan yang boleh menjadikan pengupacaraan itu tidak sah adalah
qarinah.

(d)
Soalnya ialah sama ada A. seorang yang tidak dapat dikesan, telah menulis suatu surat pada suatu hari tertentu.

Fakta bahawa suatu surat yang tertulis olehnya bertarikh pada hari itu adalah
qarinah.

(e)
Soalnya ialah sama ada A., yang telah meninggal dunia, adalah bapa kepada B.

Suatu pernyataan oleh A. bahawa B. adalah anaknya adalah
qarinah.

(f)
Soalnya ialah, bilakah tarikh A. dilahirkan?

Suatu surat daripada arwah bapa A. kepada seorang sahabatnya memberitahu kelahiran A. pada suatu hari tertentu, adalah
qarinah.

(g)
Soalnya ialah sama ada dan bilakah A. dan B. berkahwin.

Suatu catatan dalam sebuah buku memorandum oleh C., iaitu bapa B. yang telah meninggal dunia, berkenaan dengan perkahwinan anak perempuannya dengan A. pada suatu tarikh tertentu, adalah
qarinah.

(2) Keterangan mengenai pernyataan seumpama itu hendaklah tidak boleh diterima dalam kes Hudud dan Qisas mengikut Hukum Syarak.

(3) Keterangan mengenai kenyataan seumpama itu hendaklah diberi oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi lelaki atau seorang lelaki dan dua orang perempuan.

(4) Keterangan mengenai pernyataan seumpama itu hendaklah tidak boleh diterima di dalam hal-hal berikut -





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.