ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur Apil Mal



Seksyen 55. Menetapkan tarikh perbicaraan apil.

(1) Mahkamah Tinggi Syar'iah hendaklah kemudiannya menetapkan tarikh perbicaraan apil itu dan hendaklah memberitahu pihak-pihak yang terlibat mengenai tarikh dan tempat apil itu akan didengar.

(2) Pada tarikh yang ditetapkan, atau mana-mana hari lain yang padanya ditangguhkan perbicaraan apil itu, Mahkamah Tinggi Syar'iah hendaklah mendengar pihak-pihak dalam apil itu dan kemudiannya hendaklah membuat apa-apa perintah mengikut subseksyen (3) dan berkenaan dengan perbelanjaan apil sebagaimana yang difikirkan patut.

(3) Atas sesuatu apil, Mahkamah Tinggi Syar'iah boleh mengesahkan, mengakaskan, atau mengubah keputusan Mahkamah yang membicarakan, menjalankan apa-apa kuasa sebagaimana yang Mahkamah yang membicarakan boleh menjalankan, membuat sesuatu perintah sebagaimana yang Mahkamah yang membicarakan sepatutnya telah membuat, atau memerintahkan perbicaraan semula.

(4) Tiada boleh dibenarkan apil atau diperintahkan supaya dibicarakan semula atas sebab-sebab prosedur yang tidak menurut peraturan atau penerimaan salah mengenai keterangan kecuali dengan sebab itu telah berlaku kealpaan keadilan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.