ENAKMEN 7 TAHUN 2001
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU) 2001
BAHAGIAN II - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN 'AQIDAH
Seksyen 6. Dakwaan palsu.
Mana-mana orang yang-
(
a
)
mengisytiharkan dirinya atau mana-mana orang lain sebagai Rasul atau Nabi, Imam Mahadi atau wali; atau
(
b
)
menyatakan atau mendakwa bahawa dia atau mana-mana orang lain mengetahui peristiwa atau perkara di luar pemahaman atau pengetahuan manusia,
sedangkan pengisytiharan, pernyataan atau dakwaan itu adalah palsu dan berlawanan dengan ajaran Islam, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.