ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VI - Beban Membukti
Seksyen 77. Beban membuktikan bahawa kes orang yang dituduh adalah termasuk di dalam kecualian.
Apabila seseorang dituduh atas sesuatu kesalahan, maka beban membuktikan wujudnya hal keadaan yang membawa kes itu termasuk di dalam kecualian am di dalam mana-mana undang-undang atau di dalam mana-mana kecualian khas atau proviso yang terkandung dalam mana-mana bahagian undang-undang itu adalah terletak padanya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan yang tersebut itu sebagai tidak ada.
MISALAN
(
a
) A dituduh bersekedudukkan dengan B. Pendakwa membawa keterangan bahawa A telahpun menceraikan B isterinya.
A mendakwa bahawa dia terpaksa menceraikan isterinya.
Beban membuktikan bahawa dia dipaksa itu terletak pada A.
(b) C dituduh melakukan persetubuhan secara haram dengan D. C mendakwa bahawa dia telah bernikah dengan D di negara asing.
Beban membuktikan pernikahan itu terletak pada C.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.