ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - DARIHAL PERTUDUHAN



Seksyen 81. Pengertian perkataan yang digunakan dalam pertuduhan untuk memperihalkan kesalahan

Dalam tiap-tiap pertuduhan, perkataan yang digunakan untuk memperihalkan sesuatu kesalahan hendaklah disifatkan digunakan mengikut pengertian yang diberikan kepadanya masing-masing oleh undang-undang yang di bawahnya kesalahan itu boleh dihukum.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.