ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986
BAHAGIAN II - PERLANTIKAN PEGAWAI-PEGAWAI DAN PENUBUHAN MAJLIS
Seksyen 12. Kuasa-kuasa Majlis.
Selain daripada apa-apa kuasa lain yang diberikan oleh Enakmen ini, Majlis adalah mempunyai kuasa-
(a)
membuat perjanjian atau kontrak, memperolehi, membeli, mengambil, memegang, dan menikmati harta alih dan takalih daripada segala jenis dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang bersabitan dengannya, memindah milik, menyerah-hak, memindah-hak semula, menyerah, mencagar, menggadaijanji, mendemis, menyerah-hak semula, memindah-hak, atau sebaliknya melepaskan ataupun memperniagakan, mana-mana harta alih atau takalih yang diletakhak pada Majlis di atas apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Majlis dan sejajar dengan Hukum Syara';
(b)
rnembuat atau menguahsuaikan perjanjian atau kontrak yang perlu dan mustahak untuk menjalankan tujuan-tujuan Majlis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.