ENAKMEN 5 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001
BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 3 - DARIHAL PENYEMAKAN
Seksyen 171. Mendengar pihak-pihak semasa penyemakan.
Tiada pihak mempunyai apa-apa hak untuk didengar, sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarie, di hadapan mana-mana Mahkamah yang menjalankan bidang kuasa penyemakannya tetapi Mahkamah itu boleh, jika difikirkannya patut, mendengar mana-mana pihak sama ada sendiri atau melalui Peguam Syarienya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.