ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN II - KECUALIAN AM



Seksyen 15. Perbuatan yang tidak diniatkan bagi menyebabkan kematian, dilakukan dengan kerelaan dengan suci hati untuk faedah seseorang.

Tiadalah apa-apa jua yang tidak diniatkan bagi menyebabkan kematian, menjadi suatu kesalahan oleh sebab sesuatu kerosakan yang ia mungkin menyebabkan, atau diniatkan oleh orang yang melakukannya bagi menyebabkan, atau diketahui oleh orang yang melakukannya sebagai mungkin menyebabkan, kepada seseorang yang untuk faedahnya ia dilakukan dengan suci hati, dan yang telah memberi kerelaan, sama ada yang nyata atau yang disifatkan ada, bagi menanggung kerosakan itu, atau menempuh bahaya kerosakan itu.

MISALAN

A., seorang doktor bedah, yang mengetahui bahawa suatu pembedahan yang tertentu mungkin menyebabkan kematian Z. yang menderita suatu kesakitan yang amat sangat, menjalankan pembedahan itu ke atas Z., dengan kerelaan Z., dengan tidak berniat hendak menyebabkan kematian Z., tetapi berniat dengan suci hati, untuk faedah Z. A. tidaklah melakukan apa-apa kesalahan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.