ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - PERATURAN-PERATURAN AM MENGENAI MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH
BAB III - DARIHAL MENANGKAP, MELARIKAN DIRI DAN MENANGKAP SEMULA



Seksyen 16. Memeriksa orang-orang yang kena tangkap.

(1) Apabila seseorang yang kena tangkap-
maka Pegawai Penguatkuasa Syariah atau pegawai polis yang menjalankan tangkapan itu, berkuasa memeriksa orang itu dan merampas segala barang-barang yang ada pada badannya selain daripada pakaian yang menutup auratnya dan menyimpan barang-barang itu yang ada sebab-sebab yang boleh dipercayai adalah alat-alat yang digunakan untuk melakukan kesalahan bolehlah disimpan hingga orang itu dilepaskan atau dibebaskan.

(2) Senarai semua benda-benda yang dirampas hendaklah disediakan oleh pegawai yang menangkap dan ditandatangani olehnya.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.