ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
Kesahtarafan Anak



Seksyen 109. Siapakah yang dikaitkan sebagai bapa.

Jika seorang perempuan yang berkahwin dengan seorang lelaki melahirkan seorang anak dalam masa enam bulan atau lebih dari tarikh perkahwinan itu, atau dalam jangka masa yang boleh diterima oleh Hukum Syara' selepas perkahwinan itu dibubarkan sama ada oleh sebab kematian lelaki itu atau oleh sebab perceraian, dan perempuan itu pula tidak berkahwin semula, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu, tetapi lelaki itu boleh menafikan, dengan cara li'an mengikut Hukum Syara', bahawa anak itu adalah anaknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.