ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN VII - KEWANGAN BAlTULMAL



Seksyen 73. Zakat dan fitrah.

(1) Majlis hendaklah berkuasa memungut zakat dan fitrah yang kena dibayar dalam Negeri Perak Darul Ridzuan mengikut Hukum Syara':

Dengan syarat bahawa peruntukan ini hanya berkuatkuasa setelah satu ketetapan untuk berbuat demikian diluluskan oleh Majlis dan diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan serta setelah disiarkan di dalam Warta.

(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) Majlis boleh menerima apa-apa bayaran yang dibuat bagi maksud zakat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.