ENAKMEN 5 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 8 - DARIHAL HUKUMAN DAN PELAKSANAANNYA



Seksyen 122. Peruntukan tentang hukuman denda

(1) Jika apa-apa denda dikenakan maka, sekiranya tiada apa-apa peruntukan nyata berhubung dengan denda itu dalam undang-undang yang memperuntukkan pengenaannya, peruntukan yang berikut hendaklah terpakai:

(2) Waran untuk melevikan sesuatu denda boleh dilaksanakan di mana-mana tempat di Malaysia, tetapi jika waran itu dikehendaki dilaksanakan di luar Negeri Perak Darul Ridzuan maka waran itu hendaklah diendorskan bagi maksud itu oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.