ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 27. Kuasa Majlis dalam hal ehwal agama.


Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara yang berhubung dengan Agama Islam kecuali perkara Hukum Syarak dan yang berhubung dengan pentadbiran keadilan, setakat yang mengenai Negeri dan dalam semua perkara tersebut hendaklah menjadi pihak berkuasa utama dalam Negeri Melaka selepas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan sebaliknya dalam Enakmen ini atau mana-mana Enakmen yang berhubung dengan Agama Islam.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.