ENAKMEN 1 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARA' NEGERI SEMBILAN 1991
BAHAGIAN II
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN
Seksyen 20. Peraturan mesyuarat dan pengundian.
(1) Pengerusi hendaklah menetapkan tertib perkara-perkara yang dimesyuaratkan.
(2) Pengerusi boleh menentukan tertib ahli-ahli yang hendak bercakap dalam mesyuarat dan boleh juga menghendaki mana-mana ahli berhenti dari bercakap di dalam mesyuarat.
(3) Jika berlakunya persamaan undi bagi apa-apa ketetapan, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.