ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYAR'IAH
Prosedur dalam Perbicaraan Jenayah



Seksyen 106. Pemeriksaan saksi-saksi.

(1) Seseorang Pegawai Penguatkuasa Syar'iah yang membuat penyiasatan di bawah Enakmen ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang kononnya mengetahui akan fakta-fakta dan hal keadaan kes itu.

(2) Orang itu diwajibkan menjawab semua soalan mengenai kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh Pegawai Penguatkuasa Syar'iah itu, kecuali-

(3) Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini wajib di sisi undang-undang menyatakan yang benar, tidak kira sama ada pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya pada menjawab soalan-soalan.

(4) Pegawai Penguatkuasa Syar'iah yang memeriksa seseorang di bawah subsesyen (1) hendaklah pada mulanya memberitahu orang itu akan peruntukan-peruntukan subseksyen (2) (b) dan (3).

(5) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diturunkan menjadi tulisan dan, setelah ianya dibaca kepada orang itu dalam bahasa yang digunakan untuk membuatnya dan dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu, hendaklah ditandatangani olehnya atau dilekatkan dengan cap jarinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.