ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XXV - PELBAGAI



Seksyen 235. Fi, deposit dan pembayaran

Jika apa-apa fi atau deposit kena dibayar berkenaan dengan apa-apa perbuatan, atau apa-apa pembayaran terlibat dalam melakukan perbuatan itu, pegawai yang dipertanggungkan untuk melakukan perbuatan itu tidaklah berkewajipan melakukannya sehingga fi atau deposit atau amaun pembayaran itu telah dibayar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.