ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH AGAMA DAN INSTITUSINYA



Seksyen 21. Pendapat berlawanan dengan fatwa.

Sesiapa yang memberi, mengembangkan atau menyebarkan apa-apa pendapat berupa fatwa untuk diikuti oleh orang Islam mengenai apa-apa soalan, ajaran Islam atau Hukum Syara' yang berlawanan dengan mana-mana fatwa yang dikeluarkan dengan sah oleh Mufti adalah bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan pendapat itu, jika bertulis, hendaklah dirampas dan dimusnahkan sebagaimana yang diarah oleh Mahkamah, dan penerbitannya, penjualannya, dan pengedarannya hendaklah dilarang.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.