ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 36. Alamat penyampai.

Tiap-tiap plaintif atau pemohon, dan tiap-tiap orang yang memfailkan mana-mana dokumen di dalam mana-mana perbicaraan (selain daripada mana-mana pegawai Mahkamah yang bertindak demikian) dan mana-mana orang lain yang diperintahkan oleh Mahkamah untuk berbuat demikian hendaklah memberi alamat penyampaian dalam Negeri:

Dengan syarat bahawa jika mana-mana plaintif, pemohon atau orang yang diwakili oleh Peguam Syarie alamat Peguam Syarie hendaklah menjadi alamat penyampaian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.