ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN.
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 89. Susunan bagi pengemukaan dan pemeriksaan saksi.

Susunan bagaimana saksi-saksi dikemukakan dan diperiksa hendaklah disusun menurut undang-undang dan amalan yang pada masa itu ada berjalan berhubung dengan acara sivil dan jenayah dan sekiranya tiada undang-undang seperti itu menurut budibicara Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.