ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 44. Penubuhan Mahkamah Syariah.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah-Mahkamah Rendah Syariah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan di tempat-tempat yang difikirkan patut oleh Baginda.

(2) Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Tinggi Syariah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.

(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Majlis, boleh melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan suatu Mahkamah Rayuan Syariah bagi Negeri Perak Darul Ridzuan.

(4) Duli Yang Maha Mulia Sultan, selepas berunding dengan Ketua Hakim Syarie, boleh menetapkan secara bertulis suatu kod etika yang mesti dipatuhi oleh semua Hakim Syarie dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.