ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - DARIHAL SUBAHAT



Seksyen 39. Liabiliti pensubahat bila suatu perbuatan disubahati dan suatu perbuatan yang lain dilakukan.

Apabila suatu perbuatan disubahati dan suatu perbuatan lain dilakukan, pensubahat itu adalah liable kerana perbuatan yang dilakukan itu, seperti, dan setakat, seolah-olah ia telah menyubahatinya secara terus:

Dengan syarat perbuatan yang dilakukan itu adalah kejadian yang munasabah terbit dari subahat itu, dan telah dilakukan di bawah pengaruh hasutan, atau dengan bantuan atau pada menurut pakatjahat yang menjadikan subahat itu.

MISALAN

A
. menghasut seorang kanak-kanak yang belum mencapai umur baligh supaya memasukkan arak ke dalam gelas minuman Z., serta memberi arak kepadanya bagi maksud itu. Kanak-kanak itu, oleh sebab hasutan itu memasukkan arak itu dengan silapnya ke dalam gelas minuman Y., yang ada di sebelah minuman Z. Di sini, jika kanak-kanak itu telah bertindak di bawah pengaruh hasutan A., dan perbuatan yang dilakukan itu adalah, dalam keadaan itu, suatu kejadian yang munasabah terbit dari subahat itu, maka A. adalah liable seperti, dan setakat, seolah-olah dia telah menghasut kanak-kanak itu supaya memasukkan arak itu ke dalam gelas minuman Y.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.