ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR



Fasal 28. Perwakilan kewajipan atau kuasa Majlis.

(1) Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk kepada syarat-syarat dan sekatan-sekatan yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan kepada Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatan kuasa Majlis penunaian mana-mana kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya.

(2) Pelaksanaan kewajipan-kewajipan dan penjalanan kuasa-kuasa menurut pewakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif atau Setiausaha, atau jawatan kuasa yang kepadanya pewakilan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya menurut pewakilan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.