ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN VI - PENYAMPAIAN



Seksyen 40. Penyampaian di alamat penyampaian.

Mana-mana dokumen yang diserahkan di alamat penyampaian mana-mana orang hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan kepada orang itu:

Dengan syarat bahawa di dalam hal di mana alamat penyampaian itu adalah di luar kawasan penguasa tempatan dalam mana terletaknya bangunan Mahkamah, mana-mana dokumen boleh disampaikan dengan cara pos berdaftar dialamatkan kepada alamat penyampaian dan dokumen itu hendaklah disifatkan sebagai telah disampaikan apabila dokumen itu akan sampai ke alamat itu mengikut kelaziman Pejabat Pos.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.