ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN III - PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 29. Pendaftaran perkahwinan luar negeri oleh orang yang bermastautin di Terengganu.

(1) Jika seseorang yang bermastautin di Terengganu telah berkahwin di luar negeri dengan sah menurut Hukum Syara', bukannya satu perkahwinan yang didaftarkan di bawah seksyen 22, dan perkahwinan itu belum didaftarkan di luar negeri, maka pendaftaran perkahwinan itu hendaklah dibuat dalam masa dua bulan selepas salah satu atau kedua-dua pihak itu mula-mula sampai di Malaysia dengan cara pihak itu atau kedua-dua pihak itu hadir di hadapan mana-mana Pendaftar di Terengganu dan-


(2) Pendaftar boleh mengecualikan satu daripada pihak-pihak itu daripada hadir jika dia berpuas hati bahawa ada sebab-sebab yang baik dan cukup bagi pihak itu tidak hadir, dan dalam hal yang demikian catatan dalam Daftar Perkahwinan hendaklah termasuk suatu pernyataan tentang sebab pihak itu tidak hadir.

(3) Bagi maksud memuaskan hatinya di bawah subseksyen (1) (
a) bahawa perkahwinan itu telah berlaku dan bahawa ianya sah menurut Hukum Syara', Pendaftar hendaklah mengindahkan, tetapi tidak diwajibkan menerima sebagai muktamad, apa-apa perkara yang terkandung dalam apa-apa surat perakuan atau dokumen asing.

(4) Selepas sahaja pendaftaran sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini, satu salinan sah catatan dalam Daftar Perkahwinan yang diperakui dan ditandatangani oleh Pendaftar hendaklah diserahkan atau dihantar kepada suami dan satu salinan lagi kepada isteri, dan satu lagi salinan sah yang diperakui hendaklah dihantar, dalam tempoh sebagaimana yang ditetapkan, kepada Ketua Pendaftar yang hendaklah menyebabkan semua salinan-salinan yang diperakui itu dijilid bersama untuk menjadi Daftar Perkahwinan Orang Islam Luar Negeri.

(5) Jika pihak-pihak kepada sesuatu perkahwinan yang dikehendaki didaftarkan di bawah seksyen ini tidak hadir di hadapan pendaftar dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), perkahwinan itu boleh, atas permohonan kepada Pendaftar, didaftarkan kemudian setelah dibayar apa-apa penalti yang ditetapkan.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.