ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 4. Anggapan.

(1) Apabila diperuntukkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah boleh menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah boleh mensifatkan fakta itu sebagai dibuktikan melainkan dan sehingga ia dibuktikan sebaliknya, atau boleh meminta buktinya.

(2) Apabila diarahkan oleh Enakmen ini bahawa Mahkamah hendaklah menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah hendaklah mensifatkan fakta itu sebagai dibuktikan melainkan dan sehingga ia dibuktikan sebaliknya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.