ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN 1 - PERKAITAN
BAB 1 - PERMULAAN



Seksyen 3. Tafsiran.

Dalam Enakmen ini melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain:

"adil" ertinya seorang Islam yang termaklum menunaikan kewajipan agama, menjauhi daripada dosa-dosa besar dan tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dengan syarat bahawa jika saksi itu seorang yang bukan Islam, dia hendaklah boleh dipercayai mengikut agamanya atau kepercayaannya;

"baligh" ialah seorang yang cukup umur mengikut Hukum Syarak;

"bayyinah" ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan termasuk qarinah;

"dibuktikan": sesuatu nyataan adalah "dibuktikan" apabila setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah percaya nyataan itu wujud atau berpendapat wujudnya nyataan itu adalah sebegitu mungkin bahawa seseorang yang waras dalam hal keadaan yang berkenaan itu seharusnya bertindak atas anggapan bahawa nyataan itu adalah wujud;

"dibuktikan sebaliknya": sesuatu nyataan adalah dikatakan "dibuktikan sebaliknya" apabila setelah menimbangkan perkara-perkara di hadapannya, Mahkamah percaya nyataan itu tidak wujud atau berpendapat tidak wujudnya nyataan itu adalah sebegitu mungkin bahawa seseorang yang waras dalam hal keadaan yang berkenaan itu seharusnya bertindak atas anggapan bahawa nyataan itu adalah tidak wujud;

"Hukum Syarak" ertinya Undang-undang Islam dalam mana-mana Mazhab yang sah;

"Keterangan" adalah termasuk-
"Mahkamah" ertinya Mahkamah yang ditubuhkan menurut Enakmen Pentadbiran Mahkamah Syariah 1985.

"Nyataan" ertinya dan termasuklah-
"Qarinah" ertinya nyataan yang ada hubungan dengan nyataan yang lain dengan apa-apa cara yang disebutkan dalam Hukum Syarak atau yang dihuraikan dalam Enakmen ini;

"Shahadah" ertinya keterangan yang bersifat benar di Mahkamah dengan menggunakan lafaz Wallahi dan Ashhadu untuk mensabitkan hak atau kepentingan seseorang ke atas seorang yang lain, apabila sabit ia mengikat Hakim;

"Suratan" ertinya apa-apa yang dinyatakan atau diterangkan atas apa-apa benda dengan cara menggunakan huruf, angka atau tanda atau sesuatu atau lebih dari sesuatu cara itu yang bertujuan digunakan atau yang mungkin digunakan untuk merekodkan hal itu.

MISALAN

Tuisan ialah suratan.
Perkataan yang dicetak, dilitograf atau difotograf ialah suratan.
Peta atau pelan ialah suratan.
Ukiran atas logam atau batu atau kayu ialah suratan.

"tidak dibuktikan"; sesuatu nyataan adalah dikatakan "tidak dibuktikan" apabila nyataan itu tidak "dibuktikan" atau tidak "dibuktikan sebaliknya" mengikut Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.